Aku cuba
search travel ni berdaftar dengan Kementerian Pelancongan atau tidak menerusi http://www.motac.gov.my/en/check/tobtab . Hasil semakan aku mendapati Darul
Muttaqin Travel tidak tersenarai sebagai syarikat travel yang berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan Malaysia.
Aku cuba
lain, cari nama travel yang yang glamer dan tersohor – Andalusia. Hasil carian
– fuh berderet nama travel Andalusia dan cawangan. Dan semua berdaftar sampai
hujung tahun 2021. Jadi Kementerian Pelancongan mmg buat kerja bagus memantau
travel ni. Jadi tak ada alasan travel ni nak kencing kata Kementerian
Pelancongan tak buat kerja or freeze kan pendaftaran sebab PKP, PKPB atau PKPP.
Deal dengan penipu macam ni kena fikir macamana pelari cukai punya putar alam …
(ops ingat lak Industrial Attachment aku).
Kementerian
Pelancongan pilih bulu? Layan travel besar gedabak je? Travel besau lesen di
renew, travel kecil di anak-tirikan? Aku memang tak kerja kerajaan tapi ustaz
ustazah aku (ada yang dah arwah pun) ajar aku hargai orang. Jangan jadi kacang
lupakan kulit. Nabi di baling tahi oleh orang kafir, dibaling batu sampai patah
gigi, tak pernah doakan yang buruk untuk orang aniaya dia. Bukan susah, dia
kekasih Allah. Kalau Allah nak makbulkan, Kun Fa Yakun je. Jadi aku, orang buat
baik, bantu aku yang mereka dengar suara je, guide macam-macam, bagi ilmu yang
aku tak pernah tahu sebelum ni, aku nak defend Kementerian Pelancongan sebelum
M.U.N.A.F.I.K.I.N wal MUNAFIKUN ni twist plot cerita.
Aku cari
dari TOBTAB pulak travel kecik. Mursyid Alharamain Travel – satu HQ, 2
cawangan. Sepelaung je antara HQ dan cawangan. HQ dia lesen dari 15 Januari
2015 sampai 13 Januari 2022. 7 tahun beb. Dua lagi cawangan dia lesen dari 18
Oktober 2018 dan 1 April 2019 lesen sampai 13 Januari 2022. Jadi Kementerian
Pelancongan TAK TIDUR. Lesen memandu pun boleh renew pun 5 tahun je. Walau aku
renew setahun-setahun sebab budget ciput.
Tak puas
hati ke netizen?
Tengok pulak
Ali Haramain Travel. Satu je ofis – HQ sahaja. Lesen dari 17 September
2020 hingga 17 September 2021. Lesen renew masa Covid - travel takleh buat
bisnes. Jadi biar PKP ke, PKPB ke, PKPP ke, kakitangan Kementerian Pelancongan
tetap bekerja. Aku berani cakap sebab nak sambung lesen bukan setakat nak
tengok resit fee (kalau ada). Kena tengok rekod travel. Kena ada pegawai semak
itu ini dan pegawai atasan yang approve sebab syarikat travel ni jadi DUTA
MALAYSIA di mata dunia. Kalau travel ni asyik-asyik problem, menipu duit
pelanggan, jemaah tersadai kat airport bagai, takkan Kementerian Pelancongan
nak approve? Yang kes Kak Jat buat isu di Tanah Suci tu pun travel kena panggil
(pssst .. cuba korang tengok taip nama travel tu dalam link aku bagi).
Pelanggan komplen, mereka pening. Nak tengok dua pihak – ada gak pelanggan nak
perfect makan buffet king crab, ke sana kemari naik Alphard, tinggal hotel 5
bintang tapi bayar dirt cheap price. Mereka kena adil tengok komplen
pelanggan dan maklumbalas syarikat. So aku memang respect setinggi-tinggi
respect pada Kementerian Pelancongan dan kakitangan mereka.
Ulasan
Catat Ulasan