Aku
dimaklum oleh sepupu, berkenaan syarikat pelancongan (yang melencong) di atas.
Al kisahnya makcik dan pakcik sedara serta beberapa rakan surau, telah
mendaftar untuk pakej pelancongan ke Acheh dengan Darul Muttqain Travel Sdn
Bhd, tarikh berlepas pertengahan Mac 2020 yang lalu. (genap setahun).
Fakta:
- duit sudah di bayar penuh RM1600 seorang oleh pakcik dan makcik.
- agen syarikat adalah Tuan Imam Haji Fadil (019-6815347) yang juga merupakan
guru Al-Quran kedua orang tuanya.
- disertai oleh beberapa orang rakan karib seramai 3 orang.
Tetapi bila sempadan negara di tutup, perjalanan di batalkan.
-
Trip dibatalkan dan tiada diberi sebarang jaminan akan diganti /
wang dikembalikan
-
wang memang tidak dikembalikan sesen pun
-
Travel tidak menghubungi para penumpang memaklumkan situasi wang
pelanggan
-
Pertanyaan menerusi agen Tuan Imam Haji Fadil menemui jalan
buntu kerana segala wang sudah diserah pada travel dan travel mengambil langkah
berdiam diri. Border tutup, mulut pun BISU. Dah MaTi ke?
Dapatan dari siasatan aku:
- Tiada resit diberikan oleh travel, menyukarkan tindakan undang-undang
- Bila aku
menelefon KPDNHEP Malaysia di Putrajaya, mereka mengambil maklum
permasalahan ini dan dinasihatkan untuk memfailkan tuntutan di Mahkamah
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di Johor untuk dapatkan semula wang.
Masalahnya aku bukan di Johor….
-Tapi
dalam borak-borak tu, KPDNHEP memaklumkan bukan aku sahaja membuat aduan
berkenaan Darul Muttaqin Travel Sdn. Bhd.
- Di
maklumkan bukan mudah membuat tuntutan kerana kekurangan bukti.
- Travel boleh
dan telah mengambil tindakan undang-undang kepada orang yang melaporkan mereka
ke pihak berkuasa.
Komen aku:
Pelik sungguh undang-undang Malaysia, – si
penipu ada hak menyembungikan kegiatan jenayahnya tapi mereka teraniaya
terpaksa menyelidik, menyediakan bukti kukuh untuk mendakwa si penipu. Jadi
agensi penguatkuasa buat apa?
Apa yang kita boleh jangkakan jika orang tua
warga emas, tidak mempunyai pendidikan formal atau setakat Peperiksaan Derjah 5,
yang tahu nak guna mesin CDM atau internet banking untuk mendapatkan ‘BUKTI
KUKUH’ tersebut?
Suatu sikap warga emas yang agak menyulitkan aku
menggesa mereka mengambil tindakan ialah persepsi mereka kerap “bersangka
baik”, “Allah akan ganti dengan yang lebih baik” dan sebagainya. Ini dihadapi
oleh aku.
Tidakkah mereka ini terfikir, apabila kita
tidak mengambil tindakan terhadap penipu, dia akan berterusan menipu? Warga
emas di Muar aku tahu ramai kaya-kaya. Walau tak kerja, tapi tanah sawit
berpuluh ekar. Tetapi tidak semua. Ada berdikit menyimpan bertahun-tahun baru
cukup wang untuk mengerjakan umrah atau melancong. Ada berjual sikit-sikit
hasil kampung. Ada harap duit belanja dari anak-anak hujung bulan. Itu pakcik
dan makcik aku jadi aku sayang sangat mereka hilang duit pada penipu macam ni.
Cuba fikirkan, kita tidak ambil Tindakan
sebab wang tersebut tidak terlalu besar, bagaimana orang yang susah terkena?
Tidakkah kita sebenarnya menZALIMi mangsa si penipu seterusnya?
Apa nak jawab di akhirat kelak?
Dalam tambang tu takkan takde untung? Takkan
takde komisen agen? Pulangkanlah untung tu dulu. Ni jadi BISU. Takde call
pelanggan mereka, takde call agen. Agaknya owner travel dan director sama
pekerja dah sampai hari yang kaki dan tangan bercakap, mulut dibisukan baru nak
mengaku menipu. Mustahillah komisen agen RM 50 dan untung travel RM 50 satu
pelanggan. Sebab tu aku kata travel ni MENIPU.

Ulasan
Catat Ulasan